Thursday, September 18, 2014

BREASTFEEDING


Pentingnya para ibu mengetahui bertapa banyaknya khasiat susu ibu kepada pertumbuhan bayi kita..

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Susu ibu juga mampu meningkat tahap kesihatan dan kecerdasan minda bayi yang mana antibodi badan bayi mampu menahan penyakit berjangkit seperti selsema, batuk dan demam.

Firman Allah s.w.t:
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”
- Surah Al-Baqarah, ayat 233